Tuesday, October 18, 2016


2.3   Decorative:
·     Muka taip yang mempunyai unsur-unsur sastera lama dan agak berbunga bunga seperti tulisan zaman dahulu kala.
·     Ia tidak praktikal untuk tujuan pembacaan yang panjang.
·     Ia sering digunakan sebagai tajuk besar atau untuk tujuan khas.
·     contoh muka taip: GothicE, Rosewood Std Regular, Algerian dan Broadway.


2.4   Cursive:
·             Muka taip ini menyerupai tulisan tangan.

·     Contoh muka taip: Freestyle Script, Kunstler Script, Edwardian Script ITC dan Monotype Corsiva.
Pengenalan Muka Taip

Perkataan merupakan antara elemen paling asas dalam sistem komunikasi manusia. Teks mampu menterjemah setiap perkataan atau ucapan lisan ke dalam bentuk bercetak. Oleh itu, penggunaan teks harus dirancang sebaiknya agar ia mudah dibaca, menarik perhatian dan mengelakkan kebosanan atau beban ketika membaca.


1.    Definisi
Muka taip (typeface) merupakan sekumpulan aksara grafik yang biasanya terdiri dalam pelbagai bentuk dan saiz.


2.    Kategori
Muka taip boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan bentuk atau rupa paparannya.

2.1   Serif :
·     Muka taip yang mempunyai garisan lengkungan atau ekor pada penghujung sesuatu aksara.
·     Lengkungan atau ekor ini dikatakan dapat membantu dan menyediakan keselesaan dalam proses pembacaan.
·     Contoh muka taip: Times New Roman, New Century, SchoolBook dan Palatino.

2.2   San Serif :
·     Perkataan sans bermakna ‘tanpa’ dalam bahasa Perancis.
·     Muka taip ini berlawanan dengan muka taip Serif kerana ia tidak mempunyai lengkungan atau ekor di penghujung aksara.

·     Contoh muka taip : Arial, Helvetica, Futura dan Optima